Selepas 4 kali pembedahan adik Izz dibatalkan
kerana demam panas, akhirnya dapat jua dijalankan pembedahan.
Itu pun atas arahan Dato' Z kerana
adik Izz dah lama sangat terpaksa dihentikan pemberian nutrisi.
Walau demam walau tak demam adik Izz harus di 'sub-PCM' (ubat bontot).
Maknanya pembedahan ini sangat penting pada adik Izz.
Berat adik Izz pon sudah turun
daripada 10.1kg ke 9.5kg dalam masa 5 hari ni.
Bila buat line drip pulak, adik Izz agak sensitif kerana mudah bengkak.
Paling lama dapat bertahan drip-line pon 3 hari.
Dah kalau asyik buat line aje, mmg hancur le tangan mahupun kaki.
Pembedahan hari ini bertujuan pasang CVL-Catheter
pada dada kiri adik Izz untuk tujuan pemberian nutrisi
secara terus ke salur darah utama.
Ini kerana dengan usus kecil adik Izz yang panjangnya hanya 8cm,
hanya 40% sahaja kadar serapan nutrisi.
Selebihnya akan keluar sebagai diarrhea.
Adik Izz hanya makan nestum, bubur, susu dan air sahaja.
No solid food allowed yet!
| Adik Izz sejurus selesai pembedahan. masih khayal kesan ubat bius. |
Alhamdulillah pembedahan berjalan lancar dan semuanya selamat.
SYUKUR!
sucinya wajah dia ketika tidur
ReplyDeleteterima kasih.
ReplyDeletePost a Comment
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!